Monday, March 15, 2010

Meningkatkan Kelajuan Firefox

Salam wahai pembaca budiman,

Hari ini saya akan memberitahu anda cara meningkatkan kelajuan Firefox semasa melayari internet. Cara ini kemungkinan berkesan hanya untuk sesiapa yang menggunakan broadband. Saya telah mempraktikkan cara ini dan hasilnya cukup memuaskan bagi saya. Sesiapa yang berminat boleh mencuba.

caranya ialah:

  • Buka Firefox anda dan taipkan "about:config" pada address bar dan tekan Enter. Kemudian akan muncul senarai config yang ada pada Firefox. Anda scroll down dan cari:
network.http.pipelining,
network.http.proxy.pipelining,
network.http.pipelining.maxrequests

Kebiasaannya browser akan membuat satu permintaan kepada webpage pada satu masa. Apabila anda aktifkan pipelining, ia akan membuat permintaan lebih daripada satu dan seterusnya mempercepatkan page untuk loading.

  • Selepas itu, anda click 2 kali untuk set seperti berikut:

Set "network.http.pipelining" kepada "true"
Set "network.http.proxy.pipelining" kepada "true"
Set "network.http.pipelining.maxrequests" kepada 30.
Apabila anda klik yang ini, akan keluar satu field. Anda taip dalam field kepada nilai 30.

  • Akhir sekali, anda klik kanan di mana2 dan anda select New-> Integer. Namakannya seperti "nglayout.initialpaint.delay" dan set kepada nilai 0. Nilai ini ialah jumlah masa browser menunggu sebelum ia bertindak ke atas maklumat yang diterima.

Saya harap maklumat ini menjadi kepada anda dan selamat mencuba.

sekian...

Sunday, March 14, 2010

Membersihkan Monitor LCD

Salam wahai pembaca budiman,

Monitor LCD sangat sensitif berbanding dengan monitor CRT. Skrin LCD sangat lembut dan sentuhan yang sedikit kasar boleh menyebabkan kecalaran pada skrin. Berbeza dengan monitor CRT, skrinnya adalah daripada kaca tebal.

Membersihkan monitor LCD memerlukan anda bertindak lebih cermat. Sebelum itu, anda perlu
mengetahui langkah yang betul semasa membersihkan monitor LCD anda. Di sini, saya akan memberitahu langkah demi langkah.

Langkah tersebut adalah seperti berikut:

  • Matikan monitor LCD anda terlebih dahulu. Elakkan skrin monitor LCD anda terdedah kepada cahaya supaya anda nampak kekotoran atau berminyak.

  • Gunakan kain yang lembut,kering dan dengan lembut sapu skrin monitor LCD anda. Pilihan yang bagus gunakan kain yang nipis. Contoh kain untuk mengelap cermin mata dan sapu tangan nipis.

  • Jika debu masih belum hilang dengan sempurna,lembapkan kain dengan kuantiti air yang sedikit. Banyak syarikat menawarkan sejenis spray untuk membersihkan skrin monitor LCD.Jika anda guna spray,spray ke arah kain lembut kemudian sapu skrin LCD anda.

Perkara yang dilarang semasa membersihkan skrin LCD:

  • Elakkan daripada menggunakan kertas tisu,kertas tandas atau sesuatu seperti baju anda kerana dikhuatiri akan mencalarkan skrin.

  • Elakkan daripada menggunakan produk pembersih yang mengandungi ammonia, ethyl alcohol, acetone, toluene, ethyl acid, atau methyl chloride. Kemungkinan bahan kimia ini boleh bertindak balas dengan skrin monitor LCD anda.

  • Jangan sesekali spray secara terus ke arah skrin kerana dikhuatiri memasuki monitor dan menyebakan kerosakan.

sekian...

Saturday, March 13, 2010

Cara Sejukkan Komputer Anda

Salam wahai pembaca budiman,

Komputer sememangnya tidak dapat mengelak daripada mengeluarkan haba yang panas.Terutamanya apabila komputer anda di pasang untuk masa yang lama. Saya hendak memberitahu anda beberapa cara untuk menyejukkan komputer anda dan mengurangkan haba yang terperangkan di dalamnya.

Cara tersebut adalah seperti berikut:

  • Benarkan Udara Mengalir
Cara yang paling senang adalah dengan memberi kelegaan ruang kepada komputer anda supaya udara di sekelilingnya dapat mengalir dengan lancar tanpa dihalang oleh benda lain. Pastikan juga kiri dan kanan komputer case anda tidak ada benda lain, terutamanya bahagian belakang.

Selalunya udara mengalir keluar di bahagian belakang komputer case anda. Jarakkan 3 atau 4 inci di antara monitor. Bahagian belakang komputer anda pula hendaklah di jarakkan dari dinding lebih kurang 5 inci.

Jika anda meletakkan komputer anda di dalam meja, pastikan di sekeliling meja tersebut memberi ruang untuk udara mengalir. Ini penting bagi memastikan tiada haba yang terperangkap di dalam meja anda. Pengaliran udara yang baik dapat menggantikan udara panas dengan udara sejuk.

  • Bersihkan komputer anda
Fungsi kipas di dalam komputer anda untuk mengeluarkan haba dan melancarkan pengaliran udara di dalamnya. Anda hendaklah sentiasa memastikan kipas tersebut berpusing dalam keadaan biasa. Adakah anda tahu apa yang menyebabkan kipas sentiasa perlahan dan berhenti berpusing?

Habuk yang terperangkap di dalam kipas boleh menyebabkan kipas semakin perlahan dan berhenti berpusing. Cara yang terbaik untuk menanganinya ialah dengan membersihkan kipas dalaman yang terletak di atas permukaan cip processor,dalam power supply dan kipas kad grafik. Sebelum membersihkan pastikan anda mematikan komputer anda dan cermat semasa membuka komputer case.

  • Tambahkan kipas
Anda juga boleh menambah kipas dalam case komputer anda jika masih ada ruang yang mencukupi untuk dipasang. Tambahkan kipas di hadapan dan belakang bagi membolehkan udara panas dan udara sejuk terus mengalir keluar serta masuk. Cara ini adalah yang terbaik untuk menyejukkan komputer anda.

  • Pasangkan Alat penyejuk air
Komputer yang mempunyai performance yang tinggi selalunya akan mengeluarkan haba yang lebih banyak. Dalam kes ini, alat penyejuk air boleh membantu. Air dapat mengalirkan haba dengan lebih baik dan mengurangkan suhu dengan lebih berkesan.

Air tersebut ditutup dengan kemas di dalam sistem pengaliran. Satu pam akan mengitar air sejuk turun ke CPU dan menyerap haba seterusnya membawa haba keluar iaitu dengan cara pengesktrakan haba. Alat penyejuk air senang dipasang walaupun anda tidak pernah menyelenggara komputer anda sebelum ini.

sekian...

Friday, March 12, 2010

Pengenalan Komputer

salam wahai pembaca budiman,

Komputer ialah sebuah mesin yang telah diprogramkan untuk menerima,menyimpan dan memanipulasikan data. Selain itu, komputer juga melaksanakan senarai arahan yang telah diarahkan oleh pengguna. Contohnya, pengguna klik aplikasi icon,komputer terus menjalankan aplikasi tersebut.

Sejarah komputer menunjukkan ia telah pun wujud sebelum abad ke 19 lagi walaupun bukannya dalam bentuk elektronik. Komputer dalam bentuk elektronik bermula pertengahan abad ke 20 iaitu dari tahun 1940 sehingga 1945. Pada masa itu, komputer memerlukan sumber kuasa yang cukup tinggi untuk beroperasi dan saiznya sama dengan keluasan sebuah bilik yang besar.

Sejak bermulanya penciptaan komputer sehingga sekarang, komputer telah mengalami pelbagai bentuk perubahan. Moden komputer sekarang saiznya lebih kecil berbanding dahulu kerana dibina berdasarkan gabungan jutaan litar di atas satu papan litar dan memerlukan saiz yang sangat kecil. Contohnya mainboard.

Secara umumnya komputer hanyalah satu kumpulan teknolgi yang ada pelbagai jenis kumpulan di dalamnya.Antaranya ialah komputer terminal,komputer mini,komputer mikro dan sebagainya.Pelbagai jenis komputer ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Komputer yang biasa digunakan oleh kita semua tergolong dalam mini komputer iaitu desktop komputer. Komputer riba pula tergolong dalam micro komputer. Pada masa kini, komputer semakin canggih sehingga dicipta mengecil sebesar tapak tangan.

Kesimpulannya pada masa akan datang, teknologi komputer akan terus mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan zaman yang semakin maju. Teknologi ini merupakan paling cepat berkembang di dunia. Jadi,penting bagi kita semua sentiasa mengikuti perkembangan teknologi ini supaya tidak ketinggalan.

Sekian...

Pembuka Bicara

Salam wahai pembaca budiman,

Komputer merupakan teknologi yang paling popular digunakan di seluruh dunia. Teknologi komputer berkembang dengan sangat pantas saban tahun. Setiap tahun, pasti ada sahaja ciptaan terbaru yang memasuki pasaran.

Kesedaran anak muda di negara kita terhadap teknologi ini juga semakin meningkat. Terutama di kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam atau swasta. Selain itu,tahap kesedaran celik IT di kampung juga menunjukkan tahap yang amat membanggakan.

Pendek kata, kalau dulu komputer dianggap seperti barang mewah tetapi kini perkara biasa yang meniti di bibir setiap peringkat usia. Teknologi komputer memberi faedah yang cukup banyak kepada kita semua. Kecanggihan yang ada padanya amatlah menyenangkan kita.

Sebelum penggunaan komputer diperluaskan penggunaannya di negara kita, mesin taip selalu menjadi sasaran kita untuk menaip kertas kerja atau sebarang kerja yang perlu menggunakan khidmatnya. Namun sekarang, mesin taip telah dianggap barang antik. Memang lumrah dunia, yang lama ditukar ganti.

Walaupun telah ramai yang celik IT, setiap orang mampu memiliki sebuah komputer,namun pengetahuan mengenainya amatlah cetek. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pengetahuan teknikal. Pengetahuan ini penting kerana anda dapat mengenal pasti sesuatu masalah komputer anda dan anda sendiri dapat menyelenggara komputer anda dengan lebih baik tanpa dibawa ke kedai.

Oleh sebab itu, saya telah mencipta blog ini untuk berkongsi dengan anda semua sebarang masalah yang berkaitan dengan hal komputer. Informasi komputer merupakan nama yang tepat untuk blog ini bagi berkongsi pelbagai aspek tentang teknologi komputer. Jadi, supaya anda tidak ketinggalan setiap maklumat di dalam blog ini, silalah subscribe dengan memasukkan email anda.

Sekian...