Friday, March 12, 2010

Pembuka Bicara

Salam wahai pembaca budiman,

Komputer merupakan teknologi yang paling popular digunakan di seluruh dunia. Teknologi komputer berkembang dengan sangat pantas saban tahun. Setiap tahun, pasti ada sahaja ciptaan terbaru yang memasuki pasaran.

Kesedaran anak muda di negara kita terhadap teknologi ini juga semakin meningkat. Terutama di kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam atau swasta. Selain itu,tahap kesedaran celik IT di kampung juga menunjukkan tahap yang amat membanggakan.

Pendek kata, kalau dulu komputer dianggap seperti barang mewah tetapi kini perkara biasa yang meniti di bibir setiap peringkat usia. Teknologi komputer memberi faedah yang cukup banyak kepada kita semua. Kecanggihan yang ada padanya amatlah menyenangkan kita.

Sebelum penggunaan komputer diperluaskan penggunaannya di negara kita, mesin taip selalu menjadi sasaran kita untuk menaip kertas kerja atau sebarang kerja yang perlu menggunakan khidmatnya. Namun sekarang, mesin taip telah dianggap barang antik. Memang lumrah dunia, yang lama ditukar ganti.

Walaupun telah ramai yang celik IT, setiap orang mampu memiliki sebuah komputer,namun pengetahuan mengenainya amatlah cetek. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pengetahuan teknikal. Pengetahuan ini penting kerana anda dapat mengenal pasti sesuatu masalah komputer anda dan anda sendiri dapat menyelenggara komputer anda dengan lebih baik tanpa dibawa ke kedai.

Oleh sebab itu, saya telah mencipta blog ini untuk berkongsi dengan anda semua sebarang masalah yang berkaitan dengan hal komputer. Informasi komputer merupakan nama yang tepat untuk blog ini bagi berkongsi pelbagai aspek tentang teknologi komputer. Jadi, supaya anda tidak ketinggalan setiap maklumat di dalam blog ini, silalah subscribe dengan memasukkan email anda.

Sekian...

0 comments: