Friday, March 12, 2010

Pengenalan Komputer

salam wahai pembaca budiman,

Komputer ialah sebuah mesin yang telah diprogramkan untuk menerima,menyimpan dan memanipulasikan data. Selain itu, komputer juga melaksanakan senarai arahan yang telah diarahkan oleh pengguna. Contohnya, pengguna klik aplikasi icon,komputer terus menjalankan aplikasi tersebut.

Sejarah komputer menunjukkan ia telah pun wujud sebelum abad ke 19 lagi walaupun bukannya dalam bentuk elektronik. Komputer dalam bentuk elektronik bermula pertengahan abad ke 20 iaitu dari tahun 1940 sehingga 1945. Pada masa itu, komputer memerlukan sumber kuasa yang cukup tinggi untuk beroperasi dan saiznya sama dengan keluasan sebuah bilik yang besar.

Sejak bermulanya penciptaan komputer sehingga sekarang, komputer telah mengalami pelbagai bentuk perubahan. Moden komputer sekarang saiznya lebih kecil berbanding dahulu kerana dibina berdasarkan gabungan jutaan litar di atas satu papan litar dan memerlukan saiz yang sangat kecil. Contohnya mainboard.

Secara umumnya komputer hanyalah satu kumpulan teknolgi yang ada pelbagai jenis kumpulan di dalamnya.Antaranya ialah komputer terminal,komputer mini,komputer mikro dan sebagainya.Pelbagai jenis komputer ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Komputer yang biasa digunakan oleh kita semua tergolong dalam mini komputer iaitu desktop komputer. Komputer riba pula tergolong dalam micro komputer. Pada masa kini, komputer semakin canggih sehingga dicipta mengecil sebesar tapak tangan.

Kesimpulannya pada masa akan datang, teknologi komputer akan terus mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan zaman yang semakin maju. Teknologi ini merupakan paling cepat berkembang di dunia. Jadi,penting bagi kita semua sentiasa mengikuti perkembangan teknologi ini supaya tidak ketinggalan.

Sekian...

0 comments: